Apa Itu Kristian Sebenarnya?

Kristian?
Ramai yang beranggapan terutamanya yang bukan beragama kristian , kristian adalah Roman Catholic. Roman Catholic (RC) ialah denominasi kristian yang besar. Denominasi kristian kedua terbesar ialah Protestant.Dalam protestant terdapat cabang-cabang atau gereja gereja kecil yang berkongsi fahaman yang bertentangan dengan Roman Catholic. Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Protestant (penentang R.C) pada zaman awal revolusi kekristianan. Cumanya saya hanya mengulas tentang gereja saya, sebab gereja lain dan agama lain saya tidak tahu dengan mendalam.

Bagi saya kristian itu amnya merujuk kepada umat/masyarakat yang mengikut perintah Yesus( Jesus Christ).
Christ-ian ialah orang orang yang percaya dan hidup menurut peraturan Yesus. Sama seperti Malaysian iaitu   masyarakat atau penduduk negara Malaysia yang hidup di Malaysia dan mengikuti Perlembagaan dan Undang Undang Malaysia. Begitu juga dengan Indonesian, American, Britian dan sebagainya.

Perintah dan Peraturan Yesus?
Markus 12:30-31
     12:30Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
12:31Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini.

Dengan jelas Hukum dan Peraturan Yang terutama ialah 
1.KASIH
2.KASIH

3.KASIH

Bagaimana kita melakukan hal ini?