"Allah" Vs "Tuhan"?

Ketepikan politik ketika isu kalimah `Allah’ ke mahkamah, kata pengarang Herald

Kuala Lumpur: Ia tidak berniat untuk dijadikan isu besar dalam negara. Sama ada penganut Katolik boleh menggunakan kalimah `Allah’ untuk merujuk kepada tuhan mereka dalam akhbar mingguan, Herald, akan didengar lagi di mahkamah esok.

“Ini adalah mengenai penggunaan perkataan `Allah’ dalam akhbar mingguan, bukan mengenai Allah, tetapi ia memberi kesan kepada sesuatu yang lain kini. Kami mahu ia tidak dipolitikkan,” kata paderi berusia 68 tahun yang juga pengarang Herald, Father Lawrence Andrew.

Tetapi, beliau tidak akan dapat apa yang diharapkan supaya isu itu tidak dipolitikkan.

Ini kerana, kumpulan pendesak hak Melayu Perkasa, diketuai pemimpin yang ditolak pada pilihan raya umum, sudah mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di Istana Kehakiman esok untuk turut sama mendengar keputusan kerajaan menghalang Herald menggunakan perkataan itu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, Perkasa mempelawa semua umat Islam untuk menyertai kumpulan itu esok pagi untuk `menunjukkan sokongan terhadap usaha mempertahankan perkataan `Allah’ daripada diperguna dan disalah guna oleh penganut agama lain’.

Maka, adakah paderi tahu apa yang patut dijangkakan esok, dalam mahkamah dan di luar apabila penyokong Perkasa berkumpul menunggu di luar mahkamah?

“Saya menyerahkannya kepada Tuhan, tiada apa yang patut ditakutkan,” kata Andrew


Ulasan Dari Aku
Salam sekali lagi saudara-saudara
Isu kalimah Allah ini sudah berlarutan sekian lama, sehingga ada diantara orang kristian terpaut dengan bisikan roh jahat, sehinga mengabaikan perintah Tuhan iaitu kasih.
Pada masa agama kristian belum tersebar di kawasan saya, pada masa datuk nenek moyang saya.yang juga mengamalkan paganisme, mereka merujuk "tuhan mereka sebagai "kinorohingan" atau "naru santut".
Naru santut = seluar dalam yang panjang.
Lawak juga nenek moyang kami orang, hahahhhahha

Sehingga sekarang selepas menganut agama Kristian, terminologi "kinorohingan" masih digunakan di gereja-gereja, khasnya mereka yang menggunakan bahasa Dusun sebagai bahasa perantara.
Jadi peralihan perspekif  ketuhanan daripda " tuhan pagan" kepada "Tuhan Yang Maha Kuasa dan Penuh Kasih" telah berlaku, walau pun terminologi masih kekal.
Walau pun Kita menggunakan Alkibat bahasa Indonesia pada awal pemberitaan Berita Baik, terminologi "ALLAH, TUHAN, BAPA KAMI, KINOROHINGAN, TAMA DAHAI, atau apapun perkataan merujuk kepada Tuhan, Tidak menjadi masalah,
Kerana Dia Yang Maha Kuasa, Dia Tahu segala bahasa di Dunia, Melayu, Cina, India, Arab, Spanish, Inggeris,....
Dia tidak perlu Ditulis, ditaip, didengar, CUKUP DENGAN MENGATAKAN DALAM HATI, Dia maha mengetahui.
KERANA KASIH TUHAN TIADA SEMPADAN BAHASA,BANGSA, BENUA, KETURUNAN DAN APAPUN YANG PERKARA YANG MEMYEBABKAN MANUSIA BERBEZA.

BERSAMBUNG.....