Showing posts with label 2. Apa Itu Kristian Sebenarnya?. Show all posts
Showing posts with label 2. Apa Itu Kristian Sebenarnya?. Show all posts

Bagaimana Melakukan Perintah Tuhan

Bagaimanakah kita melakukan perintah Tuhan?



Penyataan kasih Tuhan yang terbesar dapat dilihat dalam Yohanes 3:16 dan Roma 5:8. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”. “Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa”. Daripada ayat-ayat ini kita dapat mengetahui bahawa kehendak Tuhan  yang terbesar adalah agar kita dapat hidup abadi bersama dengan-Nya di syurga. Dia telah membuka jalan ke syurga dengan membayar harga bagi kesemua dosa-dosa kita.

Jika kita tidak mengasihi orang lain maka, kita sudah tidak menurut penyataan kasih Tuhan, Seperti gambaran diatas.  Ia sangat bertentangan dengan penyataan kasih Tuhan dibawah. Jika kita mengasihi orang lain termasuk mereka yang memusuhi kita
1 Korintus 13:4-7
Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.


Apa Itu Kristian Sebenarnya?

Kristian?
Ramai yang beranggapan terutamanya yang bukan beragama kristian , kristian adalah Roman Catholic. Roman Catholic (RC) ialah denominasi kristian yang besar. Denominasi kristian kedua terbesar ialah Protestant.Dalam protestant terdapat cabang-cabang atau gereja gereja kecil yang berkongsi fahaman yang bertentangan dengan Roman Catholic. Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Protestant (penentang R.C) pada zaman awal revolusi kekristianan. Cumanya saya hanya mengulas tentang gereja saya, sebab gereja lain dan agama lain saya tidak tahu dengan mendalam.

Bagi saya kristian itu amnya merujuk kepada umat/masyarakat yang mengikut perintah Yesus( Jesus Christ).
Christ-ian ialah orang orang yang percaya dan hidup menurut peraturan Yesus. Sama seperti Malaysian iaitu   masyarakat atau penduduk negara Malaysia yang hidup di Malaysia dan mengikuti Perlembagaan dan Undang Undang Malaysia. Begitu juga dengan Indonesian, American, Britian dan sebagainya.

Perintah dan Peraturan Yesus?
Markus 12:30-31
     12:30Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
12:31Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini.

Dengan jelas Hukum dan Peraturan Yang terutama ialah 
1.KASIH
2.KASIH

3.KASIH

Bagaimana kita melakukan hal ini?