Trinity. God vs Son of God Vs Holy Spirit?

Trinity?
Adakah Kita mempunyai  3 Tuhan? Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Ini merupakan konsep yang membentuk kepercayaan kristian sejak dahulu lagi.
Konsep Trinity menyebabkan banyak perdebatan dikalangan Kristian, dan juga penganut agama lain.

1.Adakah Saya Percaya Konsep Trinity?
Ya. Saya percaya.
2. Adakah Saya Percaya Ada 3 Tuhan?
Tidak..

Bagi saya Konsep trinity ini bukan bermaksud terdapat 3 Tuhan.

Tuhan Bapa
Satu entiti yang sangat berkuasa menurut ajaran semua agama, terutama agama samawai.
Apa pun terminologi untuk menamakan entiti ini, perspektif kita tidak akan berubah.
God/ Lord/Tuhan/Allah/Alien/Si Anu,,,,What ever

Son Of God
Yesus digambarkan sebagai anak Tuhan dalam Bible. Konsep Tuhan Anak menyebabkan ada yang menanggap Yesus itu adalah Tuhan orang Kristian. Dalam Bible.
TIDAK ADA ayat dalam Alkitab atau pun perkataan Yesus, yang menyatakan Dia adalah Tuhan.
Yesus cuma menyatakan .Yoh 14:6 Akulah jalan, kebenaran, dan hidup. Tidak seorang pun datang kepada Sang Bapa melalui Aku.
Ada yang bertanyakan ..
ADAKAH TUHAN BERANAK? ATAU DIPERANAKKAN? ADA  TUHAN IBU ? 
Who care???
Pada saya kedatangan Yesus ke dunia adalah menunjukkan cara, bagaimana untuk sampai kepada Tuhan atau Masuk Surga(selepas kematian/ kiamat)
Umat Kristian sentiasa meraikan Hari Krismas/ Natal. Maka Yesus akan Diraikan sebagai Raja Damai.
Tetapi Alkitab menyatakan,
Lukas 12:51) - "Kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kata-Ku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan. 52. Karena mulai dari sekarang akan ada pertentangan antara lima orang di dalam satu rumah, tiga melawan dua dan dua melawan tiga."

Kematian Yesus di kayu salib merupakan kemuncak hidup sebagai Anak Tuhan. Damai dan Kasih benar benar ditunjukkan kepada umat manusia bagaimana datang kepada Tuhan. Kayu salib merupakan satu pertentangan,kesengsaraan, keperitan, kepayahan dan kematian, tetapi kerana KASIH, ia merupakan kemenangan , kebebasan dan kemerdekaan daripada roh jahat iaitu, marah dengki, dendam dan sebagainya.

Yesus Bukan seorang saja Anak Tuhan, Kita semua manusia ada anak Tuhan
Kejadian 6;1) Setelah manusia bertambah banyak dan tersebar di seluruh dunia, dan anak-anak perempuan dilahirkan,2) makhluk-makhluk ilahi melihat bahwa gadis-gadis itu cantik-cantik. Lalu mereka mengawini gadis-gadis yang mereka sukai.

Holly Spirit/ Roh Kudus
Manusia terdiri daripada tubuh dan roh..
Roh terbahagi kepada roh jahat dan roh baik(roh kudus)
Sejak manusia jatuh kedalam dosa(pada masa lelaki ada adam's apple). Roh jahat suda menguasai hati manusia,
Maka Tuhan memberi manusia peraturan kepada manusia termasuk Hukum Taurat untuk Yahudi, dan banyak lagi (Islam, Budha DLL)
Kedatangan Yesus menyempurnakan kesemua hukum, dengan menyemai kasih dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

http://aku-cinta-yesus-selamanya.blogspot.com/2013/07/bagaimana-melakukan-perintah-tuhan.html

Dalam masa ini, kita  menghadapi banyak masalah ekonomi, politik, agama dan sosial. menyebabkan kasih dalam jiwa dihambat oleh rasa marah, dengki, pentingkan diri sendiri sehingga hati kita tidak ada damai lagi.
Yesus mengatakan "jadilah terang dunia". "Jadilah garam dunia."
Buatlah kebaikan dan kebajikan, walaupun ianya akan membuat tubuh kita menderita, sengsara ataupun menyebabkan roh terpisah dari jasad, Tetapi jangan ada sedikitpun perasaan yang menghambat kasih kerana pintu surga akan tertutup jika semua fikiran jahat yang menguasai minda dan hati kita.

SELAMAT HARI NATAL..