Penyataan kasih Tuhan yang terbesar dapat dilihat dalam Yohanes 3:16 dan Roma 5:8. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”. “Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa”. Daripada ayat-ayat ini kita dapat mengetahui bahawa kehendak Tuhan yang terbesar adalah agar kita dapat hidup abadi bersama dengan-Nya di syurga. Dia telah membuka jalan ke syurga dengan membayar harga bagi kesemua dosa-dosa kita.
Jika kita tidak mengasihi orang lain maka, kita sudah tidak menurut penyataan kasih Tuhan, Seperti gambaran diatas. Ia sangat bertentangan dengan penyataan kasih Tuhan dibawah. Jika kita mengasihi orang lain termasuk mereka yang memusuhi kita