Paskah

Salam semua pembaca,
Adakah kita memahami maksud dan tujuan hari tersebut.

Saya pasti semua orang tahu hari paskah dan sorotan kejadian sebelum dan selepas kematian Yesus. Persitwa ini menjadi kemuncak atau peristiwa besar yang ditunjukan oleh Yesus kepada umat manusia, bagaimana cara untuk menuju kepada Bapa.

Walau bagaimana pun peristiwa ini menjadi tradisi orang Yahudi sebelum kedatangan Yesus, dan disempurnakan oleh Yesus.

Pada hari ini, tradisi perayaan paskah diteruskan oleh penganut kristian diserata dunia dengan pelbagai cara menurut budaya dan kepercayaan masing masing, sehingga ada yang dilakukan dengan begitu ekstrem pada pendapat saya. (jika anda melihat di filipin sebagai contoh, )

Saya sebagai kristian dan tidak lagi mengikut tradisi yang selalu dibuat oleh apapun gereja. Kerana pada pendapat saya, ia tidak lagi releven pada masa sekarang. Ramai kristian yang tidak memahami erti sebenar Perayaan Paska, atau apapun nama hari tersebut. Ini disebabkan mereka terlalu mengikut paraturan gereja masing-masing.

Yesus mangatakan "Pikullah salib dan ikutla Aku"
Salib yang perlu dipikul oleh kristian bukan bermaksud kayu salib secara meterial tetapi secara rohani.
Salib yang dimaksudkan oleh Yesus ialah, penderitaan, keperitan, kepayahan, kesengsaraan, bahkan kematian, dan yesus melaluinya dangan kasih dan damai dan kemaafan, kerana itulah jalan kepada Bapa di surga. Amen

Jadi apakan kita ini memikul salib sehari hari..
Apakah "Salib" kita.? perubahan cuaca, politik dunia. ekonomi, media sosial teknologi? 

  • Adakah media sosial menyebabkan perasaan marah, menyampah, dendam dengki menguasai perasan dan fikiran kita? 
  • Adakah kita mengeluh kerana cuca yang tidak menyelesakan kita?
  • Adakah kita bersedih kerana kehilangan sesuatu?
  • Adakan kita marah kerana traffik sesak?
Apakah kita melaluinya dengan hati yang damai dan penuh kasih,?
Itulah "salib" yang perlu kita pikul.
Dan adakan hati kita ada kasih seterusnya memaafkan mereka, kerana hati kita perlu ada damai.
Yesus melalui semua penderitaan tanpa sekelumit pun perasan benci, marah dan dendam kepada semua situasi sehingga kepada kematian.

Adakan Tuhan akan merekodkan kehadiran anda semasa perayaan paskah?
Tuhan hanya akan melihat ada kasih dan damai dalam hati manusia.

Selamat memikul "salib" sehari sahari.