Mengapa Yesus?


Persoalan ini selalu diajukan terutamanya yang bukan beragama kristian dan ramai kristian sendiri tidak memahami hal ini.

1. Adakah Tuhan kristian itu adalah manusia?
2. Ketuhanan Kristian ada Trinity? Kalau ada tiga(3) Tuhan, mana satu yang kamu sembah? mana satu yang benar?

Dan banyak lagi persoalan yang berkaitan dengan Yesus sebagai Tuhan. Konsep Trinity adalah tiga elemen dalam kerohanian, iaitu Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh.

P/S Terminologi Allah sehingga saya menulis post ini masih menjadi kontroversi di Malaysia tetapi sah digunakan di Sabah dan Sarawak pada hari saya menulis post ini

**** Hal ini saya akan ulas dalam post yang akan datang. Amen.

Allah Bapa merujuk kepada Tuhan yang Paling Besar.
Semua agama samawai iaitu Islam,Kristian dan Yahudi percaya kepada konsep 1 Tuhan.
Dalam  Kristian ada konsep Trinity.Konsep ini menyebabkan ramai orang bingung akibat dari persoalan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.
Tetapi pada saya konsep Trinity sebenarnya satu cara atau laluan menuju ke Surga(Heaven).

Yoh14:6
Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.

Mengapa Harus Yesus?